Khamis, 16 April 2009

Berbudi Pada Tanah (2) - Roselle

Sumber : http://www.mesra.net/


Edirossa
Oct 4 2008, 10:56 AM

Roselle ubah hidup Adinan
Oleh SAHBULAH DARWIADINAN














Amran menunjukkan hasil tuaian bunga roselle yang diusahakannya di Felda Layang-Layang, Kluang, Johor, semalam.
KLUANG 3 Okt. - Seorang peneroka, Adinan Amran, 48, kini boleh berbangga kerana hasil titik peluhnya mengusahakan tanaman roselle membuahkan pendapatan lumayan lebih RM3,8 00 sebulan. Lebih membanggakan, tanaman itu bukan sahaja menambah pendapatannya sebagai peneroka di Felda Layang-Layang, malah ladang roselle di tanah seluas 9.7 hektar itu juga berjaya meningkatkan eksport makanan negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Beliau berkata, sebanyak 4,000 pokok roselle yang ditanam sejak dua tahun lepas, kini berjaya menghasilkan 13,000 kilogram (kg) bunga dan dijual pada harga RM3.50 satu kg yang memberi pulangan RM45,500 dalam tempoh enam bulan."Pada mulanya, pokok roselle itu ditanam di tanah seluas 1.6 hektar dengan hasil pengeluaran mencecah lebih 6,000kg bunganya yang dijual dengan harga RM2.8 0 satu kg untuk menghasilkan pendapatan RM16,8 00 dalam tempoh enam bulan," katanya ketika ditemui di ladangnya di sini, baru-baru ini.
Adinan berkata, hasil tani itu kemudian diserahkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang kemudian mengeksportnya melalui syarikat Aslah Sdn. Bhd., ke Australia, Amerika Syarikat dari Eropah."Saya gembira kerana harga roselle ini sentiasa meningkat dan permintaannya di luar negara terlalu tinggi sebab penduduk di Barat menggemari roselle sebagai makanan atau dijadikan jus minuman untuk membekalkan vitamin C," katanya.
Katanya, selepas menyertai beberapa kursus dan berbekalkan pinjaman daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebanyak RM20,000 dan Jabatan Pertanian berjumlah RM8,400 serta modal sendiri RM9,000, maka tanaman yang jarang-jarang ditanam secara besar-besaran itu diusahakan.
Adinan berkata, roselle adalah sejenis pokok yang mengeluarkan buah dan bunga, tetapi hanya kelopak bunga itu sahaja yang diambil dengan diasingkan selepas buahnya dipetik.Mengenai penjagaan tanaman itu, beliau berkata, ia boleh digolongkan sebagai mudah dijaga namun terdapat beberapa penyakit yang sering menyerangnya akibat serangga dan terkena hujan.
Katanya, penyakit yang biasa menyerang ialah reput pangkal batang namun ia dapat diatasi dengan bantuan Jabatan Pertanian.Benih pokok itu dibeli daripada Jabatan Pertanian dan ditanam dalam polibeg sebelum dipindahkan ke ladang. Pokok itu perlu disembur racun secara berkala dan selepas enam bulan ia mula mengeluarkan buah untuk dituai.
Menariknya, beliau berkata, apabila sudah berbuah, rumput-rumput di sekitar pokok itu tidak perlu dibersihkan sebaliknya perlu dibiarkan semak bersama pokok tersebut kerana keadaan itu memberi perlindungan kepada pokok.
Selepas buahnya dipetik ia akan diasingkan antara kelopak dan biji di sebuah bangunan di ladangnya oleh pekerja-pekerja sebelum bunga itu dihantar ke FAMA.Kegigihan Adinan wajar dicontohi kerana selain meraih keuntungan bersih sebanyak RM3,8 00 sebulan, beliau juga mempunyai nilai aset RM143,000 dan menggajikan kira-kira 10 pekerja dengan upah antara RM600 hingga RM8 00 seorang setiap bulan.
Baginya, tanaman roselle amat berpotensi dikembangkan dan diceburi oleh peneroka atau usahawan lain yang ringan tulang mahu berbakti kepada tanah kerana pulangannya cukup lumayan.

Berbudi pada tanah (1) - Roselle

Sumber : http://www.mesra.net/


Edirossa
Oct 3 2008, 08:56 AM

Roselle subur di Manong
Oleh ABDUL RAZAK DIN














Abdul Wahab Ahmad menunjukkan tanaman roselle yang hidup subur di Manong, Perak. Gambar RAZAK DIN


KUALA KANGSAR 2 Okt. - Tanaman Roselle yang suatu ketika dahulu popular di Terengganu dan Johor kini hidup begitu subur dengan mengeluarkan buah yang begitu lebat di Manong dekat sini.Buah Roselle yang kaya dengan vitamin C, B1, B2 dan D bukan sahaja begitu subur di kawasan itu tetapi pokoknya juga dianggap sebagai 'pokok emas' kerana semuanya mempunyai kegunaan tertentu.
Roselle yang dikenali dengan nama tempatan sebagai 'asam susur' itu ialah sejenis spesies bunga seperti bunga raya yang mudah ditanam dan mengeluarkan hasil selepas hari ditanam.Jus Roselle mengandungi vitamin C sebanyak sembilan kali ganda jika dibandingkan dengan oren, tiga kali ganda berbanding anggur dan 2.5 kali ganda berbanding buah blackcurrant.
Pengusahanya, Abdul Wahab Ahmad, 73, berkata, daripada kajian yang dijalankan, buahnya selain daripada boleh dijadikan kordial, jem atau jus, juga boleh dijadikan minuman seperti serbuk kopi.Daun Roselle juga boleh dijadikan perencah sayur dan gulai, selain digunakan untuk ramuan produk kosmetik atau kecantikan.
''Apa yang menarik lagi batang pokoknya kini boleh dijadikan bahan untuk pembuatan kertas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Katanya, oleh kerana tanaman itu begitu subur di sini, setiap pokok mampu mengeluarkan sebanyak 20 kilogram (kg) buah dalam masa setahun.
''Buah ini boleh dipetik kembali dalam tempoh seminggu dan pada masa itu ia mampu mengeluarkan buah yang matang antara enam hingga 10 kuntum berharga RM1 sekilogram.''Oleh kerana tanaman ini begitu subur di sini, saya menjadikan kawasan sekeliling Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Manong ini sebagai Taman Roselle," katanya.
Beliau mendakwa tanaman itu begitu subur mungkin disebabkan kesesuaian tanah dan cuaca di kawasan Manong ini.''Sepanjang saya menanam pokok ini, saya dapati tidak banyak musuh tanaman yang menyerangnya menyebabkan kos penanamannya rendah dan memerlukan hanya baja kompos untuk menyuburkannya," katanya.
Hasil daripada usahanya yang turut mendapat sokongan Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), beliau kini mencetuskan beberapa produk hiliran lain iaitu jem, jus pekat, jus sedia diminum dan Roselle kering yang boleh dikisarkan untuk dijadikan serbuk kopi.''
Kita sedang merancang untuk menghasilkan halwa daripada Roselle," katanya yang turut mencipta sejenis alat pengeringan supaya buah berkenaan boleh bertahan lama.Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Abdul Wahab di talian 05-7432768

Rabu, 15 April 2009

Tahukah Anda?

Apa yang perlu anda tahu tentang Roselle? Sila baca catatan dibawah :

ROSELLE ( Hibiscus sabdariffa L )

SUMBER VITAMIN C TERBAIK DARI TUMBUH-TUMBUHAN; 20 KALI GANDA DARI CITRUS

Masyarakat hari ini terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai jenis penyakit degeneratif walaupun dalam usia yang muda.


Setiap individu terdedah kepada ancaman penyakit ini yang dikaitkan sebagai penyakit era modenisasi.

APAKAH PENYAKIT DEGENERATIF?

KANSER
ARTHRITIS
GOUT
KENCING MANIS
LEMAH JANTUNG
KEGAGALAN GINJAL

Punca utama penyakit berkenaan banyak dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Masyarakat yang tinggal di bandar atau kawasan industri yang sering terdedah kepada pelbagai pencemaran; menghadapi risiko yang tinggi untuk terkena penyakit degeneratif.

Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.
Fokus utama ahli pemakanan kesihatan seluruh dunia masakini tertumpu kepada satu kumpulan nutrien yang dipanggil antioksidan yang mampu melindungi sel tubuh daripada rosak.

Roselle (Hibiscus sabdariffa L) merupakan tumbuhan yang kaya dengan vitamin C. Kandungan vitamin C di dalam tumbuhan rosel ini 20 kali ganda melebehi yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Vitamin C merupakan antioksidan terbaik untuk tujuan mencegah sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas dan tindakbalas kimia di dalam tubuh. Ia merupakan vitamin larut air, sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui pembuangan air kecil.

Sebagai antioksidan, vitamin C dari roselle ini mampu mencegah berlakunya pemendapan kolestrol buruk (LDL) pada dinding arteri dengan rawatan MEGA-DOS. Pemendapan ini terjadi dari proses pengoksidanan yang berlaku di dalam pembuluh darah. Gejala dari pemendapan ini berlakulah kesumbatan di dalam arteri samada 'arteriosklerosis' atau 'thrombosis'.

Daun roselle ini boleh dibuat jaram untuk mereka yang demam panas; manakala buahnya yang segar boleh dibuat jus yang mana ia dapat meredakan panas badan.Jika diamalkan secara berterusan dapat mengatasi Roselle menguatkan sistem imuniti badandapat mengatasi alahan dan lelah.
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama masalah bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka. Jika diambil bersama Coscinium Plus; produk yang mengandungi anti-histermin, meningkatkan lagi daya penyembuhan kepada masalah resdung.Roselle juga boleh dimanfaatkan sebagai penenang. 4 atau 5 biji kapsul roselle diambil sebelum tidur dapat mengatasi masalah sukar tidur, berdengkur dan boleh digunakan untuk merawat luka selepas pembedahan.
Sumber : http://www.nuruliman.net/hamba66/pjs_ramly/roselle.htm

Selamat Datang Ke Blog Muslim Roselle

InsyaAllah, bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah : Blog "Muslim Roselle" dilancarkan bagi memudahkan umat Islam mendapatkan keperluan produk Muslim yang HALAL lagi MUSLIM.

Sebagai ejen produk "Muslim Choice", pihak kami menawarkan produk Muslim yang dikeluarkan oleh Syarikat Emsea marketing Sdn.Bhd (816143 H) yang bertaraf QMP - Quality Muslim Products.

Berminat untuk mendapat produk dibawah sila hubungi saya (Sazaruddin +6017-3709964) e-mel : muslim.roselle@gmail.com atau stokis yang berdekatan :






InsyaAllah, kualiti produk dijamin oleh pihak syarikat. Bagi mendapatkan keterangan lanjut produk MUSLIM CHOICE, pihak yang berminat boleh layari terus ke laman web syarikat di http://www.halalmuslimproducts.com atau hubungi 013-4807373 atau 013-4307373.